Skip to main content

sponsorship :)

Sistem penghadaman aku agak tidak berjalan dengan lancar sejak kebelakangan ni . mana tak nya , 2 hari aku tak makan langsung.(aku tak diet okayy) diulangi , aku tak dieeetttt . aku cuma menahan diri dari lapar dan dahaga dari sebelum masuk waktu kuliah pagi pukul pukul 8 sehingga sebelum masuk kuliah pagi hari esok nya . prosedur ini diulangi selama 2 kali okay . HAHAHA . petang tadi baru aku dapat makan . dapat lah makan nasi berlaukkan kan ayam dengan sayur labu di kolej 12 berbekalkan kupon FESENI awek aku bernilai rm3 . bapak sadis kan ? mula mula aku tak nak . dah tolak dah tapi apakan daya aku hanya manusia biasa yang tak dapat mampu menolak rezeki yang telah tersedia . maka, dengan segala hormatnya aku pun ambil je lah kupon tu(time ambik buat muka tak segan langsung macam lah kupon tu aku punya) . apa lagi , aku pun terus meluru dekat  kedai makan dekat kolej dua belas dekat universiti malaya dek tak dapat menahan rasa kegilaan lapar aku . agak gelojoh disitu :) 


wah , makan tengahari tadi ade orang sponsor . HAHAHA


masuk time malam pulak , dengan tak semena-menanya roomate aku dengan neighboor aku dengan neighboor tingkat lima aku mengajak aku pergi ke midvalley . dengan pantas nya aku menolak , "gila apa lu orang mahu ajak gua pergi mid, aku bukan nya student yang dapat elaun jpa sampai rm1950 tu kalau aku dapat tak kesah lah lah lu orang nak ajak gua pergi Queensbay pun gua sanggup". HAHAHA . 10minit kemudian , tiba tiba sampai lah satu pesanan ringkas masuk dalam 6120classic aku(sayang henset aku petang tadi sikit lagi nak hilang sebab aku tertinggal dalam bilik tutorial dah sampai bilik baru aku sedar takde henset dalam poket aku , damn !ak kena patah balik) . Qayyum yang ajak aku makan ,  sekali lagi dengan tak semena menanya aku pun menolak ajakan rakan aku , aku bagi alasan yang sama seperti diatas(baca balik eg) . agak dua tiga kali jugak lah aku tolak ajakan dia . last2 , dia offer nak belanja aku , dan dengan tak semena menanya lagi ,lantas aku pun dengan pantas menerima ajakan nya tanpa menghiraukan apa apa, bapak arh tak malu gila . HAHAHA . dalam hati aku bersyukur gila dapat makan malam malam ni . hehehe . tiba tiba lepas aku mandi , satu lagi pesanan ringkas dari awek aku tanya perihal aku tentang aku makan tak malam ni . aku pun cakap tak . actually ,sebenarnya aku lupa yang qayyum nak belanja aku . HAHAHA . dia pun order lah berger kat aku , aku pun bagai kan disorongkan tilam , mengiya je kan nya . HAHAHA . aku ingat berger daging biasa je , sekali berger double haa aku dapat malam ini . bapak bersyukur gila ,. :) thanks sayang and qayyum . . .


ish , Dinner pun kena sponsor jugak . dapat dua sponsor pulak tu . HAHAHA . 


tapi esok aku dah nak balik dah , aku nak gerak balik parit buntar sebab ade sepupu aku nak kahwin time krismas nih . aku pun pelik jugak sebab sepupu aku tu tahfiz kahwin dengan tahfizah tapi kahwin time krismas . pelik kan ? HAHAHA . aku doa mereka bahagia lah dan event ni berjalan dengan lancar . wah , aku nak buat kerja kahwin balik ni . hoyeah2 .


sebenarnya , post ni aku nak cakap aku ni dah pokai dah haa . HAHAHA . aku geram sebab budak jpa dah masuk duit tapi budak KPT haram apa pun tak ada . dengan tutor english aku nya yang suruh aku beli buku rujukan harga sampai rm48 bapak mahal , mende nak pakai bukan lama pun setakat seminggu sekali baik aku pinjam orang je , tapi masalah nya fikiran orang lain pun sama je macam aku so dengan siapa aku nak pinjam kan ? HAHAHA. haissshhh . aku benkrup doe . 


dah dah , penat aku membebel aku nak buat tutorial algebra dengan mathematic engineer malam ini sebelum kerja kahwin bermula . :)


p\s: jangan lah korang habiskan duit tak tentu hala kalau tak nak jadi tak malu macam aku okay :)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

dah seminggu aku duduk dekat sini . macam tak ada langsung perubahan yang jadi dekat aku , sama je macam semester lepas . cakap nak berubah lah , itu lah , ini lah . hasilnya , HARAAMM . padan muka aku cakap nak berubah tapi macam tak ikhlas langusng , macam mana nak berubah kan ? , bila lah aku nak berubah jadi budah baik ni . asyik jadi budak tak betul je , macam rasa jadi anak derhaka lah pulak . makan duit mak bapak dengan harapan mak bapak kepada seorang anak agar mereka belajar , hasil dia , HARAAMM .  aku rasa aku dah banyak berubah lah bila umur dah meningkat ni . rasa macam tak tenang je , aku rasa sebab aku ada ambil duit haram kot sebab tu aku jadi macam ini , haaa , baru aku ingat , aku pernah tipu bos aku masa aku kerja kat kedai makan time lepas spm hari itu , kerja dua minggu je tapi dapat gaji sampai sebulan . sebenarnya , aku tak jangka pun bos aku nak bagi gaji sebulan , tiba tiba dia hulur gaji full kat aku , aku pun terkejut lah tapi buat muka bodoh je , bapak ...

nice one :)

On a dark desert highway, cool wind in my hair Warm smell of colitas, rising through the air Up ahead in the distance, I saw a shimering light My head grew heavy and my sight grew dim, I had to stop for the night There she stood in the doorway, I heard the mission bell And I was thinking to myself: this could be heaven or this could be hell Then she lit up a candle and she showed me the way There were voices down the corridor; I thought I heard them say: {start chorus} "Welcome to the Hotel California Such a lovely place (such a lovely place), such a lovely face Plenty of room at the Hotel California Any time of year (any time of year), you can find it here" {end chorus} Her mind is Tiffany twisted, she got the Mercedes Benz She got a lot of pretty, pretty boys, that she calls friends How they dance in the courtyard, sweet summer sweat Some dance to remember, some dance to forget So I called up the captain, "please bring me my wine", He said "We haven'...

bahaya . :)

pagi tadi aku terbaca satu kisah yang agak membuatkan aku berasa takut seketika . Ia membuatkan aku berfikir sejenak bagaimana perihal aku semasa di dunia ini . aku takut untuk menjadi sebegitu , menjadi seorang insan yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab . disebabkan oleh nafsu serakah yang bergelora dalam jiwa .  anda tak faham apa blog entries kali ini kan ? mesti tak paham punye lah . tipu lah kalau kauorang faham , just klik  disini  dan baca sampai habis ye . :) bahayenye  seorang lelaki untuk seorang perempuan .  p/s : aku post ni sebab aku suka image dia . style woh . :)