Monday, December 9, 2013

Randomly Picks.

  
Kita ni askar celup sebab tu tak kurus kurus kalau hampa tengok.


Nah beza dia. 


Sunday, September 8, 2013

Year 3 Semester One

Baru kerja Kenny Rogers Roasters sebulan setengah dah rasa malas nak belajar. Gaji ciput pun rasa puas hati sebab dah pegang duit, kalau belajar kena spend banyak nakharom.

Pointer sem empat ada baik. Boleh lah nak bangga bangga dengan coursemate sebab selama ni depa ja dok bangga kat aku haihhh. 3 sem menyirap mana boleh tahan. Burst habis muahahaha.

p/s: jatuh cinta sekali lagi. tepuk sebelah tangan pun sekali lagi jugak.

Saturday, March 23, 2013

No longer Mechatronics student

Dah masuk semester keempat dah ni. Pelajar tahun kedua akhir kata orang.

Sekarang tak jadi dah budak Mekatronik. Yela dulu mula mula masuk universiti ni  dapat Jurusan Sarjana Muda Elektrik dan Elektronik(Mekatronik). Dulu memang seronok tak terkata lah bila dapat kos ni. Kos rare bakhang. Belajar macam macam. Ya susah, tapi nanti senang dapat kerja for sure. Kata orang la. Belajar mekanikal, belajar elektronik, elektrik pun kena belajar jugak. Cerita dia kalau dah grad nanti, menganggur jugak baik pergi terjun bangunan jela.

Tapi itu semua cerita dulu.

UTHM ni lagi hebat mainkan perasaan student. Kalah playboy playboy malaya semua. Dah dua tahun. Lagi dua tahun je nak habis, struggle belajar kaw kaw bagai nak rak (baca: kira ada jugak lah spent masa study), tiba tiba dia boleh pulak nak drop kos. Sedih hati mak nak. sedih. Title semua hilang. Dulu dok bangga bangga dapat kos power dapat kos power nama pun gempak to' tak boleh tidoq malam wa cakap masa mula dapat dulu. Sekarang dah takdak apa lagi dah, takdak. Hilang semua. Rasa macam kena rogol, tapi perogol tu rilek je mengaku depan depan buat muka tak bersalah. Lepas tu tak boleh nak salahkan dia, sebab dia anak datuk. Bapak dia pengaruh besar. Polis terus tutup kes. Engkau yang merana last. Kan ? Metafora melalut tapi cerita dia hampir sama.

p/s: Nak harapkan masuk askar lepas grad, tapi BMI lagi lah dah melalut tak tentu pasal.

Askar BMI melalut