Dari mula cuti sampai nak habis puasa ni, tak habis habis nak perli je. Hoihh mental kalau tak kuat ni, dah lama dah pergi diving platform 10m Pandelela Rinong tu masa air kena potong. Tak habis habis lah nak dipersalahkan. Tak dapat biasiswa lah, PTPTN tak dapat penuh lah. Banyak pakai duit lah. Dalam kereta tu kalau duduk sebelah sebelah, mula dia nak buat kira kira tak payah pakai kalkulator pun. Jumlahnya sentiasa hiperbola. Nak dijadikan cerita, kalau lah drive dari Ipoh ke Penang tu, start dari Plaza tol Simpang Pulai sampai lah ke tol Jambatan Pulau Pinang, tak berhenti pidatonya. Keras kepala katanya bila melawan. Dah tu mana datangnya attitude tersebut. Sampaikan dah lali. Diam sahaja tak larat nak melawan. Betul ke salah ke, tak ada gunanya. Pengakhirannya, orang yang sama menerima kekalahan. Dulu pernah dipuji hebat, pernah dipuji bagus. Tapi pabila jatuh, langsung tak dipedulikan, beralih kepada yang lain. Moral langsung tak dijaga. Mula menjatuhkan. Mula lah segala ung...
Bukan nya selalu kita nak gila.