hari ini dari pukul 2 aku lepak dengan sepupu aku dekat padang kat kampung aku membincangkan hal ehwal semasa . banyak yang dibincangkan sampai tak sedar malam tidak lagi muda seperti yang selalu digambarkan kerana dah nak dekat pukul 4 . sekarang aku pun sedang mengalami penyakit amsenia yang sering diwar-warkan oleh roomate aku yang tersayang ketika dikolej . aku pun tidak tahu apa masalahnya . yang pasti aku sedang mengalami proses penghadaman yang memberangsangkan kerana dari semalam aku tidak berhenti memasukkan segala macam dalam perut aku dalam keadaan luar sedar . petang tadi maka berlangsunglah majlis resepsi sepupu aku seorang tahfiz dan seorang tahfizah pada perayaan hari natal ini , dan satu lagi upacara yang agak memberangsangkan . majlis pertunangan sepupu aku lagi satu pun dijalankan pada hari tersebut , ini mungkin disebabkan proses penjimatan yang agak bijak dari bapa saudaraku . majlis resepsi yang aku hadiri kali ini agak berlainan dari biasa , ini mungkin ...
Bukan nya selalu kita nak gila.