Skip to main content

kembali .

hari ini aku telah berjaya menjejakkan kaki aku kembali ke Universiti Malaya
setelah sekian lama aku pergi meninggalkannya( haiishh , 2minggu je pun cuti semester sekejap haram)

esok, bermula lah semester 2 yang aku nanti-nantikan . akhirnya aku kembali bersemangat untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan dalam pusat asasi sains di UM ni . tinggal lagi 6bulan sahaja lagi untuk cuti lama . HAHAHA .walaubagaimanapun akan tetapi , permulaan semester2 dua ini agak hambar . hal ini demikian kerana( macam karangan spm kan kan kan ?) esok kuliah satu jam je wey , camne nak warmup ni . kan dah start malas dah esok , hehehe . pukul 2 sampai 3 petang . ape kejadah nye semua ini ? ini memang melemahkan semangat aku untuk membuat comeback . :D

namun begitu , aku akan cuba berubah , berubah untuk masa depan aku yang kian kelam dan ingin mencerahkan nya kembali . demi masa depan keluargaku , juga masa depan anak dan biniku . ngeeee . 

aku seorang pemaksa ? aku tak berniat pun sebegitu . apa aku inginkan hanyalah yang terbaik untuk semua . maaflah jika aku tampak keterlaluan . maaf seribu kali maaf . aku sayang kau seorang . harap kau dapat mendalaminya yeah . 

ini post aku sebelum masuk semester2 . selepas ini mungkin akan payah untuk aku untuk menukilkan sesuatu dalam ruangan ini kerana kepadatan masa . selamat berjaya kepada rakan-rakan seperjuanganku , sama ada di tempat pembelajaran yang sama atau tidak . itu semua pasti bukan masalah untuk kita semua untuk berjaya . 

lastly , bak kata dasar pandang ke timur . ganbatte untuk semua . :D

Comments

Post a Comment