Skip to main content

Posts

Aku tak reti masak :(

Result Sem 2 rasa dah lama dah keluar. Lantak pergi buat tak tahu jela. Ego tinggi mampuih pergi haha. Hari tu cek ada satu subjek bergred E. Dah tu sekali jela bukak takmau bukak dah. Pointer tak tahu lah nak turun berapa banyak ni. Membe ramai dah tanya result. Depa boleh lah nak tanya tanya merata dah takdak subjek bergred E. Hajat dihati bajet nak DL sem 2 ni. Hajat hanya tinggal hajat jela. Subjek sem lepas lepas ni mesti susah haram punya. DL babai ! : Harap harap lah masa nak pergi daftar Sem 3 nanti tak kena halau balik, tetiba suruh repeat tahun satu karang mati lahhhhh.

ini post masa hujan :3

seperti biasa kalau hari Ahad macam ni, yang biasanya ada dekat rumah hanya ada aku dengan teman sebilik aku(geng malas pergi latihan Palapes). Benda ni jadi bukan sebab apa, orang semua pergi latihan mula pukul enam pagi, kita orang pukul 7 baru nak mula azan Subuh, bila mananya nak pergi. Kadang-kadang aku frust jugak sebab orang lain kutip sehari empat puluh ringgit tiap tiap minggu, aku habuk pun takde. nanti orang dapat gaji beribu-ribu, aku dapat ratus-ratus je. mana pergi keadilan heh heh. tapi hari ni hari bersejarah pada hari Ahad. Komuniti kita orang telah bertambah dengan sendirinya. tak tahu nak rasa gembira ke nak rasa cuak. takut pulak dia ni jadi spy jurulatih aku nak skodeng apa aku buat dekat bilik. yela, budak ni mana nak pernah backup aku walau terjadi apa apa pun. Senang cerita yang masuk Palapes ni takde lah se-Kental mana pun. yang ramai bookworm bookworm yang ingin memperjelaskan bahawa diorang sangat lah tough boleh jadi askar, pandai bab senjata, layan cerita...

Tesis Messis

minggu lepas dalam kelas Hubungn Etnik arahan Dr. Soleh kot nama dia, dia buka cerita pasal Peristiwa 13 Mei ni . Sorang sorang dia tanya iktibar Peristiwa 13 Mei ni . Mula-mula tu oke lah budak budak lain jawab . Ye lahh orang first first memang lah boleh jawab sebab idea idea freshh lagi. idea idea aku semua orang dah curi . Sampai lah turn gua nak berucap, gua fikir punya fikir mana lahh nak ada iktibar lain dah semua dah bedal tadi. Tapi still dia nak tanya jugak. Oleh itu dengan serta-merta aku pun cerita lahh pasal macam mana Peritiwa 13 Mei ni berlaku, nak ubah sikit atmosfera dalam kelas tu. Memang tak faham soalan kan ? Takpe, lantak pergi aku pun cerita lahh sesuka hati . Suddenly, habis je aku cerita satu kelas diam. Gua pun dah pelik dah menakjubkan sangat ke cerita aku ni ? alaa cerita pasal panggung wayang Odeon tu je. bukannya best . Tambah lagi pelik, Lecturer aku pun diam seribu bahasa. Aku dengan confidentnya duduk cepat cepat takut kena tanya lagi. Tengok kiri kana...

Perlepasan Beban

dah masuk dua hari dah merempat bilik orang macam dah tak ada bilik sendiri . sampai Tuan rumah perempatan tu sound direct je jerit jerit dalam rumah bagai orang hilang arah . Justeru, berambuslah dari situ demi mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku . btw, sekarang aku dah ada tiga biji rumah tempat melepak haha . janji sekarang MUET dah habis. puas hati aku , dah tak payah fikir fikir dah pasal ujian ujian Bahasa Inggeris ni lagi dah . minta minta lah lepas . tak tau lah lepas ni nak kena ulang lagi ke tak , kalau kena ulang jugak memang shit ahh seratus lagi hilang . lepas ni dah boleh lah kot amik law hoyeah . bila lah result ni nak keluar .

new things around

Lokasi : Kolej Kediaman Perwira Batu Pahat . Sekarang memang waktu bosan. Jadi dengan otomatisnya hobi memblog tiba lagi dengan jayanya.  Anda mungkin tidak tahu betapa bosannya hidup berseorangan dalam bilik tanpa mengenali orang sekeliling. Trust Me, it's happening to me now. Anda akan berasa totally #foreveralone katekau even kalau nak tidur malam hari kau terpaksa buka semua lampu selagi ada dalam rumah tu sambil pasang lagu kuat kuat dan berharap agar tiada kejadian air terbukak sendiri, pintu bilik bukak tutup bukak tutup, kaki kena tarik... Arggghhh dah tak perlu cerita sebab ada satu malam lagi dekat sini.  Nanti karang buka kauorang yang kena heh heh. Sekarang memang waktu yang sesuai untuk muhasabah diri sebab kau akan rasa memang takkan ada kerja nak buat, tak ada rakan nak sembang, tak ada makanan nak makan, tak ada tiket bas nak balik rumah, tak ada kereta nak berjalan-jalan, tak ada awek nak bawak keluar dan yang ada mungkin hanya imaginary friends yang takka...
untuk makluman aku dah malas gila nak tulis blog blog ni . rasa dah macam tak ada hati dah nak teruskan hobi yang dulu . tapi kan, aku sebenarnya rindu sangat zaman zaman kencang nak tulis tulis nihh . idea nahhh bagai limpahan coklat jatuh ke ladang gandum dan jadilahhh, err , kalau korang ingat lagi lah iklan ni masa kita belum mumaiyiz lagi . so , bila nak tulis rasa macam bersemangat bagai nak rak . tapi sekarang hidup dah berubah . hari berganti hari , zaman berganti zaman. dulu kalau kau nak online kena berusaha mencari laptop kosong tak bertuan dengan setungkus lumus tanpa segan silu . tapi semenjak dapat duit yayasan dan nak dapat duit ptptn ni haa amekaw! beli belah tak ingat . gua dah tak perlu merayau rayau tak tentu arah mencari sesuatu yang tidak pasti . angkat barang dah tak tengok harga dahhh . janji puass ! haha kalau dah buta IT tu buta IT jugak lahh kalau mahal mana sekalipun :)

jangan melenguhh !

bila masuk sini baru sekarang teringin nak layan How I Met Your Mother . sikit lagi lah nak masuk season dua dah kalau hari hari satu episod takkan takde improvement langsung kan ? hari tu dah habiskan chuck season empat wah seronok rasanya bila dapat layan drama bersiri best best masa ni . memang ada hikmah lah duduk dekat batu pahat ni kan ? tak boleh nak keluar mann . Hmmmm. bapak suruh masuk palapes . aku ikut je sebab tak nak jadi anak derhaka . pernahlah jadi anak derhaka sekali . Nahhhh , buat satu benda pun tak jadi apa apa . dah insaf wey . tapi tu lah . palapes ni benda berat . nak belajar pun susah . nak keluar pun susah . hidup hari hari penuh dengan prosedur saja . rambut ? tak payah cakap lah . dah lama tebas lepas tu menangis dalam bilik air sorang sorang . sayang gila . nasib lah elaun dia kasi banyak . dekat rm 900 jugak lahh . banyak kan ? lagi banyak dari gaji dekat tesco aku dapat . tapi tu lahhh . kerja 12 jam . 0600 sampai 1800 . tak mati macam...