Skip to main content

Hidup Dirangka, Benar Disalahkan !

Dari mula cuti sampai nak habis puasa ni, tak habis habis nak perli je. Hoihh mental kalau tak kuat ni, dah lama dah pergi diving platform 10m Pandelela Rinong tu masa air kena potong. Tak habis habis lah nak dipersalahkan. Tak dapat biasiswa lah, PTPTN tak dapat penuh lah. Banyak pakai duit lah. Dalam kereta tu kalau duduk sebelah sebelah, mula dia nak buat kira kira tak payah pakai kalkulator pun. Jumlahnya sentiasa hiperbola. Nak dijadikan cerita, kalau lah drive dari Ipoh ke Penang tu, start dari Plaza tol Simpang Pulai sampai lah ke tol Jambatan Pulau Pinang, tak berhenti pidatonya.

Keras kepala katanya bila melawan. Dah tu mana datangnya attitude tersebut. Sampaikan dah lali. Diam sahaja tak larat nak melawan. Betul ke salah ke, tak ada gunanya. Pengakhirannya, orang yang sama menerima kekalahan.

Dulu pernah dipuji hebat, pernah dipuji bagus. Tapi pabila jatuh, langsung tak dipedulikan, beralih kepada yang lain. Moral langsung tak dijaga. Mula menjatuhkan. Mula lah segala ungkitan. Mula lah segala yang dahulu tak pernah keluar dari pancaindera mulutnya. Mungkin ini lah lumrah. Pabila jatuh, orang tak akan pandang. Memang ternyata kesalahan itu benar terjadi. Memang langkah diperlaku itu salah bila difikir semula. Tapi hidup manusia sentiasa tak ada betulnya. Maaflah atas kesalahan. Tak perlu mengungkit. Tolong.

Tak berjaya, tak kerja, tak ikut kata. Durjana

Comments

Popular posts from this blog

dah seminggu aku duduk dekat sini . macam tak ada langsung perubahan yang jadi dekat aku , sama je macam semester lepas . cakap nak berubah lah , itu lah , ini lah . hasilnya , HARAAMM . padan muka aku cakap nak berubah tapi macam tak ikhlas langusng , macam mana nak berubah kan ? , bila lah aku nak berubah jadi budah baik ni . asyik jadi budak tak betul je , macam rasa jadi anak derhaka lah pulak . makan duit mak bapak dengan harapan mak bapak kepada seorang anak agar mereka belajar , hasil dia , HARAAMM .  aku rasa aku dah banyak berubah lah bila umur dah meningkat ni . rasa macam tak tenang je , aku rasa sebab aku ada ambil duit haram kot sebab tu aku jadi macam ini , haaa , baru aku ingat , aku pernah tipu bos aku masa aku kerja kat kedai makan time lepas spm hari itu , kerja dua minggu je tapi dapat gaji sampai sebulan . sebenarnya , aku tak jangka pun bos aku nak bagi gaji sebulan , tiba tiba dia hulur gaji full kat aku , aku pun terkejut lah tapi buat muka bodoh je , bapak ...

done !

hari ini aku BEBAS !  buku subjek semester satu tak payah pegang lagi . sikit hari nak je aku bakar semua lecture notes , tutorial , amali kimia , amali fizik , kalau boleh dengan pasum2 sekali aku nak bakar .  bapak tekanan duduk dekat pasum ni . kadang2 aku terfikir jugak , kenapa lah ak ambik um sebagai first choice ak .dapat pulak tu . :D baik ak masuk uia ke , uitm ke . takde la susah sangat ak tengok(setakat yang aku tengok lah) .  ape2 pun aku kene gak tengok result sem satu aku ni camne . ( selepas midsem ak teruk gile ader satu fail , subjek math pulak tu , adoyai . ) kalau aku rase boleh pergi , ak sambung lah pasum ni . kalau tak , biarlah ak pergi membawa diri .( selamat tinggal roomate ku , AKMAL HARITH , jiran sebelah , AKRAM ZAINAL , FAIZ ZAKARIA ) cari lah pengganti diriku baru yeah . tapi seres duduk kat um ni cambest jek . macam2 lah dah mende ak tak pernah buat aku dah buat . pengalaman bnyak gile bai ,, gi gig la , gi snuker la (sampai ak dah expert ...