Skip to main content

Hidup Dirangka, Benar Disalahkan !

Dari mula cuti sampai nak habis puasa ni, tak habis habis nak perli je. Hoihh mental kalau tak kuat ni, dah lama dah pergi diving platform 10m Pandelela Rinong tu masa air kena potong. Tak habis habis lah nak dipersalahkan. Tak dapat biasiswa lah, PTPTN tak dapat penuh lah. Banyak pakai duit lah. Dalam kereta tu kalau duduk sebelah sebelah, mula dia nak buat kira kira tak payah pakai kalkulator pun. Jumlahnya sentiasa hiperbola. Nak dijadikan cerita, kalau lah drive dari Ipoh ke Penang tu, start dari Plaza tol Simpang Pulai sampai lah ke tol Jambatan Pulau Pinang, tak berhenti pidatonya.

Keras kepala katanya bila melawan. Dah tu mana datangnya attitude tersebut. Sampaikan dah lali. Diam sahaja tak larat nak melawan. Betul ke salah ke, tak ada gunanya. Pengakhirannya, orang yang sama menerima kekalahan.

Dulu pernah dipuji hebat, pernah dipuji bagus. Tapi pabila jatuh, langsung tak dipedulikan, beralih kepada yang lain. Moral langsung tak dijaga. Mula menjatuhkan. Mula lah segala ungkitan. Mula lah segala yang dahulu tak pernah keluar dari pancaindera mulutnya. Mungkin ini lah lumrah. Pabila jatuh, orang tak akan pandang. Memang ternyata kesalahan itu benar terjadi. Memang langkah diperlaku itu salah bila difikir semula. Tapi hidup manusia sentiasa tak ada betulnya. Maaflah atas kesalahan. Tak perlu mengungkit. Tolong.

Tak berjaya, tak kerja, tak ikut kata. Durjana

Comments

Popular posts from this blog

Randomly Picks.

   Kita ni askar celup sebab tu tak kurus kurus kalau hampa tengok. Nah beza dia. 

bahaya . :)

pagi tadi aku terbaca satu kisah yang agak membuatkan aku berasa takut seketika . Ia membuatkan aku berfikir sejenak bagaimana perihal aku semasa di dunia ini . aku takut untuk menjadi sebegitu , menjadi seorang insan yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab . disebabkan oleh nafsu serakah yang bergelora dalam jiwa .  anda tak faham apa blog entries kali ini kan ? mesti tak paham punye lah . tipu lah kalau kauorang faham , just klik  disini  dan baca sampai habis ye . :) bahayenye  seorang lelaki untuk seorang perempuan .  p/s : aku post ni sebab aku suka image dia . style woh . :)

1432H .

hey ,  esok awal muharram ? siapa tahu . yang pasti aku rase semua budak um pasti tahu sebab esok cuti . mesti ingat punyalah . jiran sebelah bilik aku ade lah ajak aku pergi masjid negara hari ini nak bace doa awal tahun . tapi tak tahu lah , takut nanti niat sebenar terpesong jauh pulak . tahu-tahu lah kan bile dah keluar dari um , macam macam idea bernas akan keluar dari kepala otak .(ahh , sekarang pun aku dah pikir macam macam bende boleh nak buat) .  asyik hujan je kat sini . aku tahu hujan tu rahmat . aku terime (eyh silap, ni ayat nak kondem je), hey, nak cerite, aku memang sensitif kalau hujan-hujan nih . cepat je sakit aku datang . nak cakap ade atshma(aku dah lupe macam mane nak eja, betulkan ye) bukan dia , semput pun takde tapi yang pasti aku mesti rase sesak nafas kalau sejuk sejuk hujan macam ni , hari tu aku pergi jumpe doktor(dah lame jugak la), beliau cakap, dada aku ni speisis(sekali lagi aku lupe nak eja ni macam mane)dada burung , cepat sakit . badan je...