Skip to main content

ini post masa hujan :3

seperti biasa kalau hari Ahad macam ni, yang biasanya ada dekat rumah hanya ada aku dengan teman sebilik aku(geng malas pergi latihan Palapes). Benda ni jadi bukan sebab apa, orang semua pergi latihan mula pukul enam pagi, kita orang pukul 7 baru nak mula azan Subuh, bila mananya nak pergi. Kadang-kadang aku frust jugak sebab orang lain kutip sehari empat puluh ringgit tiap tiap minggu, aku habuk pun takde. nanti orang dapat gaji beribu-ribu, aku dapat ratus-ratus je. mana pergi keadilan heh heh.

tapi hari ni hari bersejarah pada hari Ahad. Komuniti kita orang telah bertambah dengan sendirinya. tak tahu nak rasa gembira ke nak rasa cuak. takut pulak dia ni jadi spy jurulatih aku nak skodeng apa aku buat dekat bilik. yela, budak ni mana nak pernah backup aku walau terjadi apa apa pun. Senang cerita yang masuk Palapes ni takde lah se-Kental mana pun. yang ramai bookworm bookworm yang ingin memperjelaskan bahawa diorang sangat lah tough boleh jadi askar, pandai bab senjata, layan cerita army hari hari walhal anda amatlah sangat tidak ganas dimata dunia.

Dia, si ustaz berumur dalam lingkungan 20-an. sangat alim orangnya. selalu Solat Subuh di-awal waktu tapi amat jarang sekali, hmmmmm tak pernah kejut aku untuk bersolat dengannya. bukan tak suruh kejut. berapa kali dah tapi tetap dengan kedegilannya. Hobi dia, bermain Pokemon dalam telefon Android beliau dan berpura berlakon tanpa ada serba salah, tiada apa yang berlaku tatkala aku bangun dari tidur terserempak dengannya. Kadang kadang muka sebeginilah yang selalu menyirapkan darah aku pagi pagi. Spoil betul mood pagi pagi. Tambahan hari ni Ahad. tak boleh nak bagi happy sikit langsung.

entah lah aku pun tak faham dengan mamat seorang ni. betul lah manusia ni kita tak boleh nak predict. luaran nampak alim tapi di dalam aku pun tak tahu dendam apa yang dia simpan sampai macam tu sekali. aku hormat dia sebab dia alim, tak tinggal sembahyang, boleh baca doa panjang panjang. boleh buat benda benda yang aku tak berapa pandai sangat. tapi apa lah salahnya ajak aku, pimpin aku. semakin lama rasa hormat tu makin tipis. membuatkan aku rasa jengkel. jengkel dengan dia.

pasrah lah aku macam ni, nak marah tak sampai hati. kondisinya sangat lah lemah, baru baik eksiden. leher patah. tapi still nak ikut Palapes. nampak tak semangat juangnya disitu. tapi kalau Palapes kalau setakat nak tambah korum je baik tak payah. orang kena latihan teruk teruk, kau duduk depan acah acah pegawai tak payah buat apa, atas tiket OKU. orang pun lama lama meluat tahu.
*nanti keluar keluar pangkat engkau sama jugak dengan aku. wtf -.-'. dimana keadilan o.O'

Comments

Popular posts from this blog

bahaya . :)

pagi tadi aku terbaca satu kisah yang agak membuatkan aku berasa takut seketika . Ia membuatkan aku berfikir sejenak bagaimana perihal aku semasa di dunia ini . aku takut untuk menjadi sebegitu , menjadi seorang insan yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab . disebabkan oleh nafsu serakah yang bergelora dalam jiwa .  anda tak faham apa blog entries kali ini kan ? mesti tak paham punye lah . tipu lah kalau kauorang faham , just klik  disini  dan baca sampai habis ye . :) bahayenye  seorang lelaki untuk seorang perempuan .  p/s : aku post ni sebab aku suka image dia . style woh . :)

Randomly Picks.

   Kita ni askar celup sebab tu tak kurus kurus kalau hampa tengok. Nah beza dia. 

Roads

On this day, I was 26th years old. There are so much to achieve, so much to prove and so much to be judged.  Currently working as Project Engineer at this small company. The salary isn't huge but enough for a newbie. 2 years after graduation in first time I felt this job is suit enough for me to take my future further. However, somehow we cannot satisfy all people around us. They say this was not enough. You only secured if you are government servant. While I want to take my life to another level. To be a government servant for the rest of your life, its too tired to be think of.