Skip to main content

pelisss !

hari ini dari pukul 2 aku lepak dengan sepupu aku dekat padang kat kampung aku membincangkan hal ehwal semasa . banyak yang dibincangkan sampai tak sedar malam tidak lagi muda seperti yang selalu digambarkan kerana dah nak dekat pukul 4 . sekarang aku pun sedang mengalami penyakit amsenia yang sering diwar-warkan oleh roomate aku yang tersayang ketika dikolej . aku pun tidak tahu apa masalahnya . yang pasti aku sedang mengalami proses penghadaman yang memberangsangkan kerana dari semalam aku tidak berhenti memasukkan segala macam dalam perut aku dalam keadaan luar sedar . 


petang tadi maka berlangsunglah majlis resepsi sepupu aku seorang tahfiz dan seorang tahfizah pada perayaan hari natal ini , dan satu lagi upacara yang agak memberangsangkan . majlis pertunangan sepupu aku lagi satu pun dijalankan pada hari tersebut , ini mungkin disebabkan proses penjimatan yang agak bijak dari bapa saudaraku . majlis resepsi yang aku hadiri kali ini agak berlainan dari biasa , ini mungkin disebabkan kerana ini adalah perkahwinan tahfiz dan tahfizah jadi khemah makan lelaki telah diasingkan dengan khemah wanita , tambahan pula , khemah wanita telah ditutup seperti yang sering kelihatan di tanah arab dan kelihatan agak unik ketika diadakan di tanah tumpahnya darahku ini , yeah , sungguh unik . 


sebenarnya aku resah dengan 6 tutorial yang tidak bersentuhan dalam fail aku . aku tak tahu bila aku nak membelainya dengan penuh kasih sayang dek kesuntukan masa . maaf yeah kerana tidak dapat melayan kalian semua . aku juga sedang menahan sebak di dada kerana tidak dapat mengambil bahagian sebagai ultras malaya di stadium national bukit jalil disebabkan tiket untuk aku pulang ke kuala lumpur ,kota keriangan telah habis terjual .jadi, aku mengambil tindakan drastik dengan menaiki tren pukul 4 petang sampai pukul 10 supaya aku selamat sampai ke unimalaya . sedih sial . dah plan cantik dah , tapi tak dapat pergi pulak . takde rezeki namanya . aku redha . :')


sekarang aku sedang berusaha menaikkan pointer aku ke arah yang lebih enak untuk dipandang mata , 
"belajar dahulu, usah risau pasal kos dan cari kerja" kata seorang pujangga yang aku kenal . chill:)(ayat hipokrit sebenarnya aku risau gile ni dan perlukan seseorang untuk guide aku, pelisssss!) 

Comments

Popular posts from this blog

Randomly Picks.

   Kita ni askar celup sebab tu tak kurus kurus kalau hampa tengok. Nah beza dia. 

bahaya . :)

pagi tadi aku terbaca satu kisah yang agak membuatkan aku berasa takut seketika . Ia membuatkan aku berfikir sejenak bagaimana perihal aku semasa di dunia ini . aku takut untuk menjadi sebegitu , menjadi seorang insan yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab . disebabkan oleh nafsu serakah yang bergelora dalam jiwa .  anda tak faham apa blog entries kali ini kan ? mesti tak paham punye lah . tipu lah kalau kauorang faham , just klik  disini  dan baca sampai habis ye . :) bahayenye  seorang lelaki untuk seorang perempuan .  p/s : aku post ni sebab aku suka image dia . style woh . :)

1432H .

hey ,  esok awal muharram ? siapa tahu . yang pasti aku rase semua budak um pasti tahu sebab esok cuti . mesti ingat punyalah . jiran sebelah bilik aku ade lah ajak aku pergi masjid negara hari ini nak bace doa awal tahun . tapi tak tahu lah , takut nanti niat sebenar terpesong jauh pulak . tahu-tahu lah kan bile dah keluar dari um , macam macam idea bernas akan keluar dari kepala otak .(ahh , sekarang pun aku dah pikir macam macam bende boleh nak buat) .  asyik hujan je kat sini . aku tahu hujan tu rahmat . aku terime (eyh silap, ni ayat nak kondem je), hey, nak cerite, aku memang sensitif kalau hujan-hujan nih . cepat je sakit aku datang . nak cakap ade atshma(aku dah lupe macam mane nak eja, betulkan ye) bukan dia , semput pun takde tapi yang pasti aku mesti rase sesak nafas kalau sejuk sejuk hujan macam ni , hari tu aku pergi jumpe doktor(dah lame jugak la), beliau cakap, dada aku ni speisis(sekali lagi aku lupe nak eja ni macam mane)dada burung , cepat sakit . badan je...